Menjalani Kehidupan Seawal Bangun Pagi, Tidur dan Bangun Pagi Kembali
Sunday, 19 July 2020
Artikel Tamu,
Motivasi,
Motivasi Dari Syakir Daulay,
Syakir Daulay,
Zikri Daulay
syakirdaulay.com - Menjalani kehidupan itu seawal bangun tidur di pagi hari, tidur di malam hari dan bangun kembali di pagi hari. Simple ringkas sahaja bunyinya.
Namun di sana ada matlamat kehidupan. Apakah matlamat kehidupan kita semua? Sudah pasti menjadi orang yang bertaqwa. Sebut sahaja taqwa, ia mengcakupi semua aspek kehidupan positif untuk mendapat ridho Allah SWT. Jika tidak masakan ia adalah satu peringatan rukun di setiap khutbah jumaat mahupun idul fitri/adha.
Tidak akan ada permasalah kehidupan sesama jika semuanya menurut amalan-amalan taqwa sepertimana disebutkan di dalam Al Quran dan juga hadis. Semua manusia menjadi baik-baik sahaja. Aman.
Sebaliknya tidak begitu. kita semua dianugerahi dengan:
Akal
Nafsu
Syaitan
Hati
supaya dapat dinilai siapakan yang lebih baik diantara kita. Maka, wujudlah kehidupan positif dan negatif. Nafsu kata begitu, akal kata begini. Syaitan menyuruh begitu, hati begini pula. Masing-masing berlawan dan timbang-tara. Jagalah hati untuk perkara taqwa.
Lalu sebuah kehidupan seawal bangun pagi, tidur dan bangun pagi kembali itu tidak lagi aman. Ia adalah ujian semuanya. Setiap daipada ujian ini hanyalah menuntut kita sabar dan ridho. Insya Allah senang dan bahagia.
Kaya
Miskin
Berpangkat
Tiada pangkat
Popular
Tidak popular
Apa Sahaja Lainnya
Sama sahaja. Semuanya akan diminta pertanggungjawaban daripada Allah di akhirat kelak. Kita saling memerlukan dalam beramal bukan memijak antara satu sama lain. Alangkah bahagia bagi mereka yang sabar dan ridho dengan ujian.
Sebaliknya jika tidak sabar dan ridho, saling menyalahkan, membomohkan, menjatuhkan, mencaci dan sebagainya hal-hal negatif lainnya, hadaplah nanti pengadilan daripada Alla swt. Bertaubatlah.
Ingatlah... orang yang sabar dan ridho itu lebih tinggi darjatnya daripada mereka yang mengikut hawa nafsu. Berlindunglah daripada Allah dari merasa diri bagus berbanding lainnya kerana setiap diri itu ada kelebihan dan kekurangannya. Miskin tidak semestinya hina, kaya tidak semestinya mulia.
Jika ada maksud yang menyalahi, mohon betulkan.
Terima Kasih
Artikel ini ditulis oleh :
Saifuddin Saat (Malaysia)