-->

Hal Baik Selalu Berbuah Kebaikan Pula


syakirdaulay.com
Begitulah...
Jika kita mahu diri disayangi
Kita haruslah dahulu menyayangi
Dan tidak sesekali menzalimi


Jika kita tak mahu di benci
Kita haruslah dahulu tidak membenci
Dan cintailah sesama kerana Allah


Bahasa mudahnya

Jika sesuatu perkara itu tidak kita sukai, haruslah tidak sesekali kita melakukannya kepada orang lain. Kelak, perkara yang kita tidak suka itu akan berlaku juga pada diri kita sendiri.

Dan

Jika kita suka sesuatu perkara baik itu diperlakukan kepada diri kita, mulailah dahulu melakukannya kepada orang lain. Insya Allah kelak, perkara yang kita sukai itu akan datang kepada kita.

Kesimpulannya
Lagi banyak perkara yang tidak baik kita lakukan, lagi banyak nanti  kita akan terima perkara tidak baik itu. Sebaliknya, lagi banyak perkara baik yang kita lakukan, insya Allah akan lebih banyak nanti kita akan menerima kebaikan daripada orang lain.





Namun.... jangan sesekali berharap kepada orang yang kita sudah melakukan kebaikan kepada mereka, Berharaplah hanya kepada Allah. Kerana Allah akan memberi kepada kita daripada sudut yang kita tidak tahu arahnya.


Selamat semuanya.




Artikel ini ditulis oleh :
Saifuddin Saat (Malaysia)